Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Di Antara UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ) Dan Pitchin

PETALING JAYA 17 Julai – UMT Jaya Holdings Sdn Bhd (UMTJ), iaitu anak syarikat milik penuh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Pitch Platforms Sdn Bhd (pitchIN) bagi menyokong perjalanan syarikat pemula niaga (start-up), terutamanya bagi syarikat-syarikat yang lahir daripada hasil kajian oleh para pensyarah dan pelajar UMT.